Financial Aid
Hostel
Facilities
SKM TAHAP 3
PENGASUHAN &
PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
CC-013-3:2013
Home > Programmes > SKM TAHAP 3
Program ini akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan awal kanak-kanak secara kontemporari, kompetensi pedagogi, dan kemahiran hubungan intelektual serta sosial. ia juga menekankan kepada etika dan nilai Islam. Para pelajar juga akan didedahkan dengan aspek perkembangan dalam kurikulum asuhan dan didikan awal PERMATA meliputi perkembangan fizikal, perkembangan awal matematik dan pemikiran logik, perkembangan pemahaman deria dan dunia persekitaran, perkembangan bahasa dan literasi awal, perkembangan sahsiah, sosio emosi dan kerohanian , perkembangan kreativiti dan estetika, perkembangan seni kreatif dan pergerakan muzik dan kemahiran pemakanan seimbang bagi kanak-kanak di bawah 4 tahun. Pelajar dinilai berdasarkan kemampuan mereka untuk menunjukkan hasil pembelajaran secara teori dan pekerjaan secara amali dalam industri (TASKA) , seperti yang digariskan oleh Akredatasi Kemahiran Pekerjaan Malaysia ( MOSQ).
SYARAT KEMASUKAN
SUBJEK
LALUAN KERJA
PROSPEK PEKERJAAN
YURAN PENGAJIAN
TEMPOH PEMBELAJARAN
12 BULAN
PENGAMBILAN
JANUARI, JULAI & DISEMBER

DIIKTIRAF OLEH JPK
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
SYARAT KEMASUKAN
- Berumur 17 tahun dan ke atas
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca, menulis dan mengira
SUBJEK
TAHAP 3
- EARLY CHILDHOOD DAILY ROUTINE CARE
- EARLY CHILDHOOD EDUCATION AND DEVELOPMENT
- EARLY CHILDHOOD BEHAVIOR AND SOCIAL VALUE INSTILLMENT
- ECCD CENTRE OPERATION SUPPORT
- FIRST AIDS ADMINISTRATION
LALUAN KERJA
Setelah tamat program ini, graduan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Islam Antarabangsa atau mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta yang diiktiraf di seluruh Malaysia dan luar Negara.
PROSPEK PEKERJAAN
Apabila tamat pengajian dalam program ini dengan jayanya akan membolehkan graduan Kolej Islam Antarabangsa bekerja dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak samada di sektor kerajaan atau TASKA Institusi, TASKA Tempat Kerja, TASKA Komuniti dan menjadi usahawan TASKA di Rumah di seluruh Malaysia. Graduan juga boleh memulakan perniagaan mereka sendiri dengan menubuhkan TASKA mengikut lokasi dan permintaan serta keperluan dari ibu- ibu yang bekerja.